| Notis Permohonan |
PERHATIAN : Panduan Calon (PPK), Jabatan Perangkaan Malaysia |
| |
Dimaklumkan Unit Kompetensi, Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia telah mengeluarkan Panduan Calon Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) Edisi Pertama. Mohon kepada semua calon / bakal calon PPK untuk membaca dan merujuk panduan tersebut bagi melancarkan persediaan menduduki PPK dan urusan penilaian daripada Panel dan Urus Setia PPK. Sebarang kemusykilan atau cadangan boleh dimajukan kepada Unit Kompetensi. Diharap panduan tersebut dapat membantu warga Jabatan Perangkaan dalam urusan PPK. Sila rujuk buku panduan tersebut di capaian berikut :-
|
|
|
| PENANGGUHAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) SIRI 1/2010 |
| |
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Penilaian Kompetensi (PPK), Jabatan Perangkaan Malaysia Siri 1/2010 ditangguhkan ke bulan Mei 2010 (tarikh yang akan diumumkan selepas penjadualan) atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Gred dan TK yang terlibat adalah seperti berikut :-
a) Pembantu Perangkaan Gred E17 (TK1 dan TK2)
b) Pembantu Perangkaan Gred E22 (TK3) dan E26 (TK4)
c) Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27 (TK1 dan TK2)
d) Penolong Pegawai Perangkaan Gred E32 (TK3) dan E38 (TK4)
e) Perangkawan Gred E44 (TK3)
|
|
|
| SYARAT DAN CARA MEMOHON PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN TAHUN 2010 |
| |
Diharap agar semua pegawai yang ingin memohon peperiksaan / penilaian Jabatan Perangkaan Malaysia mengambil maklum notis permohonan ini. Terdapat sedikit perubahan kepada syarat dan cara memohon peperiksaan / penilaian bagi tahun 2010.
|
|
|
|
SYARAT BARU KAEDAH PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) : |
| |
Syarat-syarat yang dinyatakan di dalam SPP 19/2008 telah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2009 dan akan digunapakai untuk PPK Siri 1 Tahun 2010. Syarat-syarat yang dinyatakan adalah seperti berikut:
Pegawai Yang Layak
Pegawai yang layak menduduki PPK Jabatan Perangkaan Malaysia ini adalah pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan mengikut Skim Perkhidmatan Perangkawan (Gred E41, E44, E48, E52 dan E54), Penolong Pegawai Perangkaan (Gred E27, E32 dan E38) dan Pembantu Perangkaan (Gred E17, E22 dan E26);
Pegawai Yang Memangku
Kelonggaran syarat menduduki PPK diberikan kepada pegawai yang memangku atau pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan (Perkara 22 SPP 19/2008). Keputusan PPK yang boleh dipertimbangkan bagi pegawai yang memilih untuk menggunakan kelonggaran syarat ini adalah tidak lebih daripada Aras lll;
Calon Menumpang
Pegawai-pegawai bukan gunasama dibawah Perkhidmatan Jabatan Perangkaan Malaysia tetapi yang ingin menumpang hendaklah mendapat kebenaran daripada Lembaga Penilaian Kompetensi (LPK) masing-masing (Perkara 77 SPP 19/2008). Kebenaran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Penilaian Kompetensi Jabatan Perangkaan Malaysia untuk dipersetujui sebelum permohonan menduduki peperiksaan PPK dibuat;
Pegawai Yang Memperbaiki Aras lll Ke Aras lV
Pegawai yang Lulus atau Melepasi Tahap Kompetensi (Aras lll) dibenarkan memperbaiki keputusan PPK dengan tujuan meningkatkan kompetensi ke aras yang lebih tinggi. Pegawai diberi peluang Sekali Sahaja untuk membaiki keputusan Aras lll ke Aras lV. Oleh itu, pegawai perlu membuat persediaan mencukupi bagi memastikan peluang dimanfaatkan sepenuhnya (Perkara 41 SPP 19/2008);
Pegawai Yang Memohon Tapi Tidak Hadir
Pegawai yang ditawarkan menduduki PPK tetapi tidak menghadiri PPK yang berkenaan, Panel Penilaian Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) Skim Perkhidmatan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia boleh mengenakan peraturan menangguhkan tempoh menduduki PTK selama 12 bulan dari tarikh PPK yang telah ditawarkan sekiranya calon gagal mengemukakan alasan yang munasabah (Perkara 44 SPP 19/2008); dan
Kekerapan Peperiksaan pada Tahun 2010
Jabatan Perangkaan Malaysia akan hanya menawarkan PPK sebanyak 2 Siri Sahaja sepertimana yang diluluskan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi, Jabatan Perdana Menteri.
|
|
|
|
CARA
MEMOHON PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) : |
1.
|
Pemohonan untuk menduduki PPK ini hendaklah dibuat secara manual yang boleh dimuat-turun di bahagian Borang Permohonan.
|
| |
ATAU dari; |
| |
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia Jabatan Perangkaan Malaysia |
| |
Semua Pejabat Pengarah Bahagian Jabatan Perangkaan Malaysia |
| |
Semua Pejabat Pengarah Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia |
2.
|
Memastikan maklumat yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati tidak benar, keputusan peperiksaan berkenaan akan terbatal;
|
3.
|
Memastikan kod peperiksaan dan kod pusat peperiksaan diisi dengan lengkap dan betul;
|
4.
|
Slip Asal Surat Arahan Calon hendaklah dibawa sebagai bukti permohonan telah dibuat;
|
5.
|
Permohonan perubahan pusat peperiksaan tidak akan dilayan; dan
|
6.
|
Tarikh tutup permohonan adalah mengikut Jadual yang ditetapkan.
|
| |
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Perangkawan Malaysia
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia
Aras 8, Blok C6, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62514 PUTRAJAYA.
(U.P: Unit Kompetensi)
|
|
|
| SYARAT DAN CARA MEMOHON PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN DAN PEPERIKSAAN KHAS (KPSL) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PERANGKAAN |
| |
Tiada perubahan dari segi syarat dan cara memohon bagi Peperiksaan Perkhidmatan dan Peperiksaan Khas (KPSL) buat masa ini, cuma diharap pegawai membuat permohonan menggunakan borang baru yang boleh dicapai di bahagian borang permohonan laman ini. Harap maklum.
|
| |
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Perangkawan Malaysia
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia
Aras 8, Blok C6, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62514 PUTRAJAYA.
(U.P: Unit Kompetensi)
|
| |
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung dengan Unit Kompetensi, Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia di :-
Telefon : 03-8885 7544 / 7535
Emel :
norliyana.zaidon@stats.gov.my
mkhair@stats.gov.my
|
| |
|
|